Selasa, 30 Jun 2009

PDKNet Dan Forum PDKNet

PDKNet adalah antara laman web yang menyediakan pelbagai infomasi tentang aktiviti PDK dan OKU.
PDKNet adalah projek perkembangan dan pembangunan komuniti PDK tentang pemulihan OKU menerusi penggunaan teknologi Multimedia dan ICT. PDKNet diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia semenjak 2000. Projek pilot mula beroprasi September 2003 dengan sumbangan kewangan 70% dibiayai geran DAGS, NITC, Kementerian Sains dan Teknologi Malaysia. Buat masa ini Projek PDKNet masih belum menyeluruh, hanya PDK sekitar Negeri Melaka sahaja yang menyertai. Mungkin suatu hari nanti projek tersebut akan dapat diikuti oleh semua PDK seluruh Malaysia. Walaubagaimanapun laman web tersebut boleh dilayari dimana-mana sahaja.
Portal Forum PDKNet pula mempunyai pelbagai infomasi yang boleh dikongsi bersama masyarakat sekeliling. Terdapat juga bahagian Forum yang membolehkan masyarakat, petugas PDK dan OKU menyuarakan pendapat dan berbincang.

Isnin, 29 Jun 2009

Kesihatan Gigi

Pada 3 Jun 2009, Klinik Pergigian Hospital Teluk Intan dan Klinik Pergigian Pusat Kesihatan Chenderong Balai telah melakukan pemeriksaan gigi pelatih-pelatih PDK Labu Kubong. Ini merupakan program tahunan.
Program dimulakan dengan aktiviti memberus gigi, jururawat dan pembantu menerangkan kepada pelatih cara-cara memberus gigi dengan betul, selepas itu mereka membuat pemeriksaan gigi.
Penerangan mengenai pengambilan makanan dan cara penjagaan gigi juga turut diberi kepada petugas dan pelatih.

Pendidikan Agama - Taaruf

Pada 26 Jun 2009 hari Jumaat bersamaan 3 Rejab 1430 Hijrah, pelatih dan petugas PDK Labu Kubong telah berhimpun di kelas PDK untuk mendengar pelajaran pendidikan agama. Seorang ustaz sukarelawan telah sudi untuk mengajar di PDK sekali dalam sebulan setiap hari Jumaat hujung bulan.
Hari Jumaat yang lalu Ustaz Osman Bin Hamzah telah memulakan pelajaran dengan tajuk Taaruf (berkenalan). Beliau juga telah menerangkan maksud Bismillah, Alhamdulillah, dan bersyukur.
Pelatih-pelatih kelihatan khusyuk dan sesekali tertawa dengan gelagat Ustaz Osman yang ramah dan suka bergurau.

Jumaat, 26 Jun 2009

Kem Remaja OKU

Program: Kem Remaja OKU
Tarikh: 21 hingga 22 Jun 2009
Masa: 5.00petang hingga 8.00pagi
Tempat: Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Labu Kubong
Matlamat: Melatih remaja OKU berdikari dan bekerjasama sesama sendiri
Penyertaan: Seramai 14 orang remaja OKU PDK Labu Kubong dan Petugas PDK .
Jemputan: ADUN Sg.Manik,AJK PDK,Pegawai JKM dan masyarakat setempat.

Aktiviti:
5.00ptg- Hadir ke PDK Labu Kubong dgn kelengkapan pakaian dan sebagainya.
5.30ptg- Acara dimulakan dgn permainan tradisional (gasing dan konda kondi).
7.00mlm- Mandi membersihkan diri.
7.30mlm- Pergi ke masjid beramai-ramai solat Maghrib berjemaah.
8.00mlm- Membantu menyediakan makanan untuk makan malam bersama jemputan.
8.40mlm- Pergi ke masjid beramai-ramai solat Isyak berjemaah.
9.00mlm- Makan malam.
10.30mlm- Karaoke.
12.00mlm- Tidur.
5.00subuh- Bangun tidur dan mandi
5.40subuh- Pergi ke masjid solat Subuh

Special Olympic Peringkat Hilir Perak 2009

25 April 2009 telah berlangsung temasya sukan Special Olympic peringkat Hilir Perak di Padang Majlis Bandaran Teluk Intan. Sebelum itu pada 16 April 2009 pelatih-pelatih PDK Labu Kubong telah menjalani latihan dan ujian masa bagi temasya tersebut.
Sesi latihan dan ujian masa (atas).