Ahad, 17 Januari 2010

MAJLIS MENYAMBUT RAMADHAN 2009

Pada 19hb-20hb Ogos 2009, PDK telah mengadakan Majlis Menyambut Bulan Ramdhan, Ibu bapa, petugas, AJK dan pelatih PDK telah bergotong royong menyediakan persiapan untuk majlis tersebut dari waktu petang hingga ke malam. Majlis bermula pada pukul 8.00 mlm selepas solat Maghrib. Acara dimulakan dengan bacaan Surah Yassin dan Doa Selamat beramai-ramai yang diketuai oleh Ustaz Osman Hamzah. Selepas itu Ustaz Osman Hamzah memberi sedikit Tazkirah Ramadhan yang bertajuk Kelebihan Beribadah Di Bulan Ramadhan. Pada pukul 9.00 malam majlis diteruskan dengan acara makan malam. Selepas itu tetamu berjemaah solat Isyak dan besurai. Pelatih-pelatih dan petugas PDK bermalam di PDK bertujuan untuk melatih pelatih-pelatih PDK untuk bangun di waktu subuh sebagai persediaan untuk sahur.

Jumaat, 1 Januari 2010

KEJOHANAN SPECIAL OLYMPICS PERINGKAT NEGERI PERAK 2009

Tarikh : 22 hingga 24 Julai 2009.
Tempat : Kompleks Sukan Rakan Muda Kampar.
Peserta : 7 orang ( 5 orang atlet dan 2 orang petugas PDK ).


Kejohanan Special Olympics Peringkat Negeri Perak 2009 telah dijalankan di Kompleks Sukan Rakan Muda Kampar pada 22hb hingga 24hb Julai 2009.


22hb Julai 2009.

- Pukul 10.00 pagi bertolak ke Kompleks Sukan Rakan Muda Kampar dari PDK Labu Kubong.

- Pukul 12.00 tengahari pendaftaran.

- Pukul 5.00 petang latihan perbarisan dijalankan.


23hb Julai 2009.

- Semua acara padang telah dijalankan. Sebanyak 36 buah PDK dari 9 daerah seluruh negeri

Perak bertanding melibatkan 250 orang athlet dan pengiring.

Pingat yang telah diperolehi oleh PDK Hilir Perak:-

· Pingat emas - acara lontar bola lisut (perempuan 16 tahun ke atas ).

· Pingat emas - acara 100 meter ( lelaki 16 tahun ke atas ).

· Pingat perak - acara lompat jauh.

· Pingat Gangsa - acara 4 x 100 meter.


Keseluruhan PDK Hilir Perak telah memunggut 2 emas, 1 perak dan 1 gangsa.

- Sesi malam pula telah diadakan majlis makan malam, athlet dan pengiring telah dijamu

dengan berbagai juadah yang menyelerakan. Pengarah Kebajikan Masyarakat iaitu Y.Bhg.

Cik Chong Paik Kee turut hadir di majlis tersebut. PDK Daerah Kinta, PDK LMS, dan PDK

Hilir Perak telah memeriahkan majlis dengan membuat berbagai persembahan.


24hb Julai 2009.

- Majlis penutupan dilakukan di dalam dewan berikutan hari hujan.

- Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia iaitu YB. Dato’ Meme Zainal Rashid telah

merasmikan majlis penutupan tersebut.

- Acara penutupan dimulakan dengan perbarisan kontijen sambil diiringi oleh pasukan

pancaragam.

- Penyampaian hadiah untuk juara pertandingan bolasepak yang telah dimenangi oleh

PDKDaerah Larut Matang.

- Piala pusingan kontijen terbaik telah dimenangi oleh PDK Daerah Hulu Perak.

- Piala pusingan johan keseluruhan dimenangi oleh PDK Larut Matang, Selama.



LATIHAN PERSEDIAAN KEJOHANAN SPECIAL OLYMPICS PERINGKAT NEGERI PERAK 2009

Tarikh : 04 Julai 2009.

18 Julai 2009.

21 Julai 2009.

Tempat : Padang Majlis Bandaran Teluk Intan.

Padang Speedy Teluk Intan.


PDK yang PDK Labu Kubong telah menyenaraikan seramai 6 orang atlet untuk mengikuti latihan tersebut, 3 orang lelaki dan 3 orang perempuan. Pada sesi pemilihan kelayakan seorang atlet perempuan telah tersingkir.

Senarai Atlet Yang Layak :-

1. MOHD HANIFF BIN ABD.MALEK

2. ABU BAKAR BIN MOHD PAKROLRAZI

3. OSMAN BIN MOHD PAKROLRAZI

4. ZAITON BINTI SHAARI

5. SITI SAHIZA BINTI JALALUDDIN


Sesi latihan telah dijalankan sebanyak 3 kali di Padang Majlis Bandaran Teluk Intan dan Padang Speedy Teluk Intan.

1. 04 Julai 2009 - Padang Speedy Teluk Intan.

2. 18 Julai 2009 - Padang Majlis Bandaran Teluk Intan.

3. 21 Julai 2009 - Padang Majlis Bandaran Teluk Intan.


Jurulatih Yang Telah Melatih :-

1. En. Sharizal Bin Ghazali - Ketua Kontijen ( JKM Hilir Perak ).

2. En. Nazir Irwana - Teknikal ( JKM Hilir Perak ).

3. En. Shahrizam Bin Mohd. Ramli - Ketua Jurulatih ( PDK Sg. Manila ).

4. Semua Petugas PDK Hilir Perak.


Pada 18 Julai 2009 sesi taklimat telah diadakan di Pejabat Kebajikan Masyarakat bagi menerangkan tugas-tugas jurulatih dan persediaan serta kelengkapan untuk pergi ke Kompleks Sukan Rakan Muda di Kampar pada 22 Julai 2009.