Pada 19hb-20hb Ogos 2009, PDK telah mengadakan Majlis Menyambut Bulan Ramdhan, Ibu bapa, petugas, AJK dan pelatih PDK telah bergotong royong menyediakan persiapan untuk majlis tersebut dari waktu petang hingga ke malam. Majlis bermula pada pukul 8.00 mlm selepas solat Maghrib. Acara dimulakan dengan bacaan Surah Yassin dan Doa Selamat beramai-ramai yang diketuai oleh Ustaz Osman Hamzah. Selepas itu Ustaz Osman Hamzah memberi sedikit Tazkirah Ramadhan yang bertajuk Kelebihan Beribadah Di Bulan Ramadhan. Pada pukul 9.00 malam majlis diteruskan dengan acara makan malam. Selepas itu tetamu berjemaah solat Isyak dan besurai. Pelatih-pelatih dan petugas PDK bermalam di PDK bertujuan untuk melatih pelatih-pelatih PDK untuk bangun di waktu subuh sebagai persediaan untuk sahur.
Ahad, 17 Januari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan