Jumaat, 1 Januari 2010

KEJOHANAN SPECIAL OLYMPICS PERINGKAT NEGERI PERAK 2009

Tarikh : 22 hingga 24 Julai 2009.
Tempat : Kompleks Sukan Rakan Muda Kampar.
Peserta : 7 orang ( 5 orang atlet dan 2 orang petugas PDK ).


Kejohanan Special Olympics Peringkat Negeri Perak 2009 telah dijalankan di Kompleks Sukan Rakan Muda Kampar pada 22hb hingga 24hb Julai 2009.


22hb Julai 2009.

- Pukul 10.00 pagi bertolak ke Kompleks Sukan Rakan Muda Kampar dari PDK Labu Kubong.

- Pukul 12.00 tengahari pendaftaran.

- Pukul 5.00 petang latihan perbarisan dijalankan.


23hb Julai 2009.

- Semua acara padang telah dijalankan. Sebanyak 36 buah PDK dari 9 daerah seluruh negeri

Perak bertanding melibatkan 250 orang athlet dan pengiring.

Pingat yang telah diperolehi oleh PDK Hilir Perak:-

· Pingat emas - acara lontar bola lisut (perempuan 16 tahun ke atas ).

· Pingat emas - acara 100 meter ( lelaki 16 tahun ke atas ).

· Pingat perak - acara lompat jauh.

· Pingat Gangsa - acara 4 x 100 meter.


Keseluruhan PDK Hilir Perak telah memunggut 2 emas, 1 perak dan 1 gangsa.

- Sesi malam pula telah diadakan majlis makan malam, athlet dan pengiring telah dijamu

dengan berbagai juadah yang menyelerakan. Pengarah Kebajikan Masyarakat iaitu Y.Bhg.

Cik Chong Paik Kee turut hadir di majlis tersebut. PDK Daerah Kinta, PDK LMS, dan PDK

Hilir Perak telah memeriahkan majlis dengan membuat berbagai persembahan.


24hb Julai 2009.

- Majlis penutupan dilakukan di dalam dewan berikutan hari hujan.

- Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia iaitu YB. Dato’ Meme Zainal Rashid telah

merasmikan majlis penutupan tersebut.

- Acara penutupan dimulakan dengan perbarisan kontijen sambil diiringi oleh pasukan

pancaragam.

- Penyampaian hadiah untuk juara pertandingan bolasepak yang telah dimenangi oleh

PDKDaerah Larut Matang.

- Piala pusingan kontijen terbaik telah dimenangi oleh PDK Daerah Hulu Perak.

- Piala pusingan johan keseluruhan dimenangi oleh PDK Larut Matang, Selama.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan