Penyerahan wang bantuan elaun khas OKU sebanyak RM 150.00 untuk pelatih yang datang ke PDK dan RM 50.00 sebulan kepada pelatih lawatan ke rumah. Elaun tersebut telah diserahkan oleh penyelia dan petugas PDK kepada ibu bapa dan pelatih. Inilah di antara amanah kerajaan yang pihak kami jalankan bagi membantu golongan OKU. Elaun khas ini bertujuan membantu meringankan beban keluarga pelatih serta sebagai tambang atau duit minyak bagi menghantar dan mengambil pelatih yang datang mengikuti latihan di PDK.
Isnin, 22 Jun 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan