Pada 25 Februari 2009 PDK Labu Kubong telah diundang untuk menyertai Program Pelancaran Kad JKsM Bantuan Kebajikan Persekutuan di Arena Square, Teluk Intan yang dirasmikan oleh Y.A.B Dato' Seri Abdullah Bin Hj. Ahmad Badawi (mantan Perdana Menteri Malaysia).
Puan Mahani (penyelia), Puan Hindon dan Puan Rusnah (petugas), En. Fadzli (setiausaha) bersama empat orang pelatih iaitu Hanif, Khairil, Zaiton dan Siti Sahiza telah mewakili PDK Labu Kubong.

Matlamat Jaringan Keselamatan Sosial (JKsM) adalah seperti petikan dari Bernama di bawah ini :-
Program JKSM Untuk Semua Rakyat Miskin - PM
TELUK INTAN, 25 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi jaminan bahawa program Jaringan Keselamatan Sosial (JKSM) akan memberikan perlindungan kepada rakyat miskin di negara ini tanpa mengira kaum dan anutan agama mereka.
Sehubungan itu beliau meminta kementerian dan agensi kerajaan yang terlibat agar berusaha bersungguh-sungguh untuk mengenal pasti dan melakukan pemilihan dengan teliti golongan miskin dan miskin tegar yang wajar diberikan bantuan tersebut.
"Mudah-mudahan dengan usaha ini, kita insya-Allah akan dapat membantu golongan tersebut di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak. Ini adalah program yang menunjukkan betapa prihatinnya kerajaan Barisan Nasional (BN) terhadap golongan miskin di seluruh negara kita," katanya berucap melancarkan Kad JKSM-Bantuan Kebajikan Persekutuan di Arena Square di sini, Rabu.
Abdullah berkata membasmi kemiskinan merupakan satu dasar yang telah menjadi perjuangan kerajaan BN bagi mengelakkan timbulnya pelbagai masalah terhadap golongan miskin dan miskin tegar di negara ini.
"Bagi yang beragama Islam, kita tidak mahu ada kemiskinan kerana sepertimana sabda Nabi (Muhammad s.w.a), kemiskinan itu boleh membawa kepada kekufuran.
"Kita tidak mahu wujudnya golongan miskin dan miskin tegar. Golongan miskin secara berbanding memang akan wujud dan kita juga mahu peratusnya itu biarlah menjadi peratus yang kurang daripada yang ada," katanya.
Terdahulu Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dalam ucapannya berkata pendapatan isi rumah bukanlah syarat mutlak bagi melayakkan seseorang atau sesebuah keluarga mendapat bantuan kebajikan.
Beliau berkata syarat-syarat lain seperti warganegara Malaysia, bilangan tanggungan, tahap kesihatan, umur, kecacatan, keadaan rumah dan sebagainya juga diambil kira sebagai kriteria kelayakan menerima bantuan.
"Justeru, setiap kes yang dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak secara automatik akan diluluskan bantuan kebajikan. Sekiranya mereka difikirkan layak menerima bantuan di bawah skim bantuan agensi kerajaan yang lain seperti perumahan, latihan kemahiran dan sebagainya, maka mereka akan dirujuk kepada agensi yang berkenaan," katanya.
NG berkata menyedari bahawa masih ramai golongan miskin yang tercicir daripada menerima bantuan, kementeriannya telah memohon kepada Perdana Menteri supaya program jaringan keselamatan sosial di bawah kementeriannya diperluaskan lagi.
Beliau berkata berikutan persetujuan yang diberikan oleh Perdana Menteri, tahap kelayakan pendapatan bagi penerima bantuan telah ditingkatkan daripada RM400 sebulan kepada RM720 sebulan di Semenanjung Malaysia, RM830 sebulan di Sarawak dan RM960 sebulan di Sabah.
"Susulan perkembangan ini, peruntukan tambahan sebanyak RM500 juta bagi bantuan kebajikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat telah diluluskan untuk tahun 2009," katanya.
Beliau berkata dengan perluasan jaringan keselamatan sosial itu adalah dijangkakan 110,000 isi rumah layak dipertimbangkan bantuan berbanding 54,000 isi rumah sedia ada.
Mengenai Kad JKSM yang dilancarkan hari ini, NG berkata ia merupakan satu kad elektronik yang berfungsi sebagai kad identiti penerima bantuan persekutuan di bawah JKM bagi menggantikan kad kertas sebelum ini yang berbeza formatnya antara satu negeri dengan negeri yang lain.
Beliau berkata penyeragaman kad penerima bantuan itu di seluruh negara bertujuan memudahkan urusan pentadbiran penyaluran bantuan kebajikan JKM.
"Adalah menjadi wawasan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada masa hadapan agar fungsi kad elektronik ini dapat diperluaskan bagi membolehkan pemegang kad mendapatkan perkhidmatan lain seperti diskaun pengangkutan awam, diskaun dari pasaraya tertentu dan sebagainya," katanya.

slm,
BalasPadamsy slh seorg ibu kepada 2 org anak istimewa yg mana kedua2nya berada di Pdk Pekan Nanas.