Sabtu, 13 Jun 2009

PDK LABU KUBONG



PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

( PDK ) LABU KUBONG

CHENDERONG BALAI, PERAK DARUL RIDZUAN


Pada bulan March 1992,perbincangan awal untuk mewujudkan sebuah Pusat Pemulihan Cacat Mukim Labu Kubong bertempat di Dewan Bacaan Kampung Tersusun telah diadakan oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Hilir Perak dan Pentadbir Mukim Labu Kubong.

Pada 13hb Jun 1992, sebuah Jawatankuasa Tadbir telah dibentuk dan mula beroperasi. Perkhidmatan adalah secara sukarela dengan seliaan dan pantauan dari pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah hilir Perak, Pentadbir Mukim Labu Kubong, badan-badan sukarela dan pemimpin-pemimpin masyarakat setempat.

Pada 14hb Ogos 1992, Pusat Pemulihan ini mula beroperasi sepenuhnya bagi melatih dan membimbing kanak-kanak OKU yang berumur di bawah 18 tahun. Tenaga pelatih disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, sementara penempatan peserta dikendalikan oleh Jawatankuasa Tadbir bersama badan-badan sukarela dan pemimpin-pemimpin masyarakat.

Pada tahun 2008, Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan kenaikan elaun petugas PDK dan elaun khas OKU di PDK bagi menampung kos pengangkutan untuk ke PDK. Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Hilir Perak juga telah mengambil langkah untuk menaik taraf perkhdmatan PDK dengan melakukan temuduga semula petugas-petugas PDK supaya menepati syarat-syarat yang ditetapkan. Petugas-petugas di PDK Labu Kubong adalah yang telah dilatih melalui berbagai kursus pengurusan OKU.

Kini terdapat seramai 33 orang pelatih OKU yang belajar di PDK, 8 orang OKU lawatan ke rumah, seorang penyelia dan 3 orang petugas. PDK Labu Kubong juga telah berjaya mengeluarkan produk ais krim dan perabot kecil.


KETEGORI PELATIH

Pelatih yang belajar di PDK ini terdiri dari mereka yang mengalami masalah / kecacatan seperti berikut :-

1. Down Sindrome.

2. Epilepsy (sawan).

3. Lembam.

4. Hiperaktif.

5. Cerebral palsy (CP).


LATIHAN YANG DIJALANKAN

1. Latihan Pemulihan Anggota (Fisioterapi).

2. Latihan Cara Kerja (Occupational Terapist).

3. Latihan Pertuturan (Speech Terapist).



KANDUNGAN KORIKULUM PDK


A. Kemahiran Motor Kasar

Latihan yang melibatkan otot (masel) yang kasar seperti anggota tangan, kaki dan badan.

1. Kawalan pergerakan kepala.

2. Belajar duduk.

3. Belajar berpusing.

4. Belajar merangkak.

5. Belajar berdiri.

6. Belajar berjalan.

7. Belajar turun naik tangga.

8. Belajar memasang atau menutup benda-benda.

9. Belajar menangkap, melempar dan menendang bola.


B. Kemahiran Motor Halus

Latihan yang melibatkan daya tumpuan mata, perbuatan atau pergerakan.

1. Melukis garis lurus.

2. Memasukkan sesuatu ke dalam bekas.

3. Menyambut bola.

4. Membezakan bentuk atau warna (puzzle).


C. Perkembangan Bahasa

Latihan bertutur supaya mereka boleh berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang ramai.

1. Latihan melalui alat pandang dengar audio/visual.

2. Latihan mengeluarkan bunyi vokal a/i/u/e/o.

3. Latihan menyusun ayat yang betul.

4. Latihan bertutur.


D. Perkembangan Sosial

Latihan cara berinteraksi dengan masyarakat dan mempunyai keyakinan diri serta tanguggungjawab.

1. Latihan membeli barang keperluan di kedai.

2. Latihan membayar bil di pejabat pos.

3. Menziarah kenalan di hospital.


E. Pengurusan Diri

Kemahiran menguruskan diri sendiri.

1. Latihan menyuap makanan.

2. Latihan minum.

3. Latihan buang air ke tandas.

4. Latihan berpakaian.

5. Latihan mengenali anggota badan.

6. Latihan memberus gigi.

7. Latihan mandi, mencuci badan dan lain-lain.


F. Kreativiti Dan Rethonik

Program yang menonjolkan bakat dan kebolehan seseorang pelatih atau latihan ke arah kerjaya.

1. Bersukan.

2. Menyanyi atau bermain alat muzik.

3. Latihan kraftangan, jahitan, memasak dan berkebun.

4. Latihan berniaga melalui jualan produk PDK.


PENDAFTARAN KE PDK

1. Pengesahan dari doktor mengenai kecacatan.

2. Mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

3. Datang ke PDK untuk penilaian.

4. OKU tersebut haruslah tidak menghidapi :-

a. Penyakit sawan yang teruk.

b. Penyakit jantung.

c. Penyakit-penyakit lain yang teruk.

5. Umur 3 tahun ke atas.

6. Yuran bulanan RM 10.00 sebulan.

7. Waktu beroperasi :-

Isnin hingga Khamis ( 8.00am - 5.00pm ).

Jumaat ( 8.00am - 12.00pm ).

8. Waktu belajar :-

Isnin hingga Khamis ( 8.00am - 12.00pm ).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan